Nikah, nikah dan menikah..

Gimana sih sejarahnya sampai seseorang harus menikah ?

Nikah, Nikah dan Menikah.. Agama-agama mengakui bahawa pernikahan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkawinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkawinan yang disyariatkan bagi umat manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenarnya. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahwa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkawinan berlainan keturunan.
Lalu apa saja jenis pernikahan ?

Jenis-jenis pernikahan

* Poligami adalah pernikahan lelaki dengan lebih satu wanita. IPoligami ini sudah di anut oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa hak dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

* Poliandri merupakah pernikahan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep umum dari poligami). pernikahan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.

* Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh karena itulah penceraian sangat di larang Tuhan.

Lalu, Mengapa Sih harus Menikah ?

Selain ‘Menikah’ adalah cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks, menikah juga menghindarkan dari per-zinahan. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman, Memelihara kesucian diri, Melaksanakan tuntutan syariat, Menjaga keturunan dan Dapat mengeratkan silaturahim
Makanya Ayo.. Nikah, Nikah dan menikah :D


Ping your blog, website, or RSS feed for FreeBacklinks Generator GratisAuto Backlink Gratis Indonesia : Top Link Indoping fast  my blog, website, or RSS feed for Freeping fast  my blog, website, or RSS feed for FreeBACKLINK OTOMATIS GRATIS JURAGAN.Jahe merah,jahe gajah,jahe emprit
Blog, Updated at: 10.12

0 komentar:

Posting Komentar