Kehendak manusia terhadap cinta memang beragam. Ada yang sukar
mencari pasangan dan ada pula yang mati akal untuk menolak cinta .
Mencari cinta lelaki tidak semudah mencari pakaian di gedung membeli
belah. Kadangkala memang lelaki itu sudah menghulurkan tali untuk
mengikat, tetapi jauh disudut hati terasa sukar menerima biarpun kerap
keluar bersama. Dalam mencari pasangan, bagi seorang wanita, mereka
bukan terlalu demand tetapi mereka lebih berfikir bagaimana mencari
pasangan yang sesuai untuk dijadikan tempat berpaut.
Umumnya wanita memang suka jika ramai lelaki dekat dan terpikat
kepadanya. Siapa yang tidak ingin dirinya menjadi perhatian ramai
lelaki? Dan betapa bahagianya hidup jika orang yang dicintai itu turut
membalas cinta dan mengungkapkan perasaan untuk hidup bersama. Cinta
yang berbalas sudah pasti mengasyikkan, tetapi bagaiamana pula jika
seseorang yang menyuarakan hasrat itu bukan lelaki atau wanita idaman.
Dia hanya kita anggap sebagai teman biasa dan tidak ada sekelumit cinta
pun untuknya. Kalau ini terjadi bagaimana kita mahu menolaknya? Memang
bukan perkara mudah. Banyak sebab yang membuatkan lidah kita kelu untuk
membuat penolakan itu, antara takut menyakitkan hati, takut kehilangan
kawan, atau bimbang terputus hubungan dengan lelaki tersebut. Jika
dilema ini yang sedang anda hadapi, ikuti cara ini.
Ambil Sikap Berlawanan
Ketika dia telah menyuarakan perasaannya, tentu ada sesuatu yang
membuatnya tertarik kepada anda. Mungkin keceriaan anda, sifat anda yang
feminisme atau macho, atau kerana sikap perihatin anda, serta banyak
perkara lagi yang boleh membuat seorang tertarik kepada anda.
Gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan sikap yang berlawanan. Jika
selama ini anda seolah-olah memberi perhatian atau seorang yang
perihatin, maka kurangkan perihatin anda kepadanya. Jika dia tertarik
dengan sikap anda yang apa adanya, tidak ada salahnya tampil ‘nakal’
atau ‘gedik’ sedikit di depannya. Sikap ini akan membuat dia berfikir
semula untuk memilih anda. Jangan bimbang kerana paling teruk pun, dia
akan berfikir bahawa anda tidak ada pendirian tetap dan tak ada kelas.
Cara ini mungkin lebih mujarab jika anda bercakap mengenai lelaki
lain ketika bersamanya. Ini cara terbaik untuk memadam keinginannya
untuk menjadi kekasih anda. Katakan betapa anda amat tertarik pada
lelaki atau wanita itu, dan berharap boleh menjadi kekasihnya.
Percakapan ini boleh menjadi jarak, dan secara tidak langsung
memahamkannya bahawa anda hanya ingin menjadikan dirinya sebagai kawan
biasa dan sebagai tempat untuk berkongsi cerita.
Jangan Terbuka
Jangan beri kesempatan kepadanya untuk membuat tafsiran terhadap diri
anda. Kecuali dia memang sudah mengetahui hubungan anda berdua hanya
sebagai sahabat baik. Jangan mengungkapkan perasaan, emosi, kemalangan
atau sesuatu masalah yang terjadi terhadap diri anda kepadanya.
Ceritakan perkara-perkara biasa yang gembira sahaja. Lelaki cenderung
merasakan telah diberi hati, dan dipercayai, jika dirinya telah
dijadikan tempat mengadu nasib dan tempat meluahkan perasaan oleh wanita
idamannya. Apalagi jika dirinya diminta untuk membantu menyelesaikan
masalah.
Lelaki sangat suka jika dapat membantu menyelesaikan masalah temannya terutamanya wanita.
Selain itu, jangan beri peluang untuknya mengungkapkan kegalauan
hatinya kepada anda. Kalau dia mengatakan sedang menghadapi masalah dan
ingin bercerita, tolaklah secara halus. Katakan anda sedang sibuk atau
sebagainya. tetapi jika dia sudah berada di hadapan anda, cukuplah hanya
menjadi pendengar yang baik. Jangan memberi apa-apa saranan atau
bersimpati dengannya.
Jauhi Berdua-duaan.
Umumnya lelaki akan cari kesempatan untuk rapat dengan wanita yang
disukainya dan berusaha untuk mengungkapkan perasaannya. Dari itu jangan
beri ruang antuk anda berdua-duaan dengannnya. Kala dia mengajak anda
kelua berdua dengannya, tolaklah dengan halus, samada katakan anda ada
urusan lain atau katakan anda lebih suka keluar beramai-ramai. Anda
tetap keluar bersamanya tetapi dengan kawan-kawan anda atau
kawan-kawannya. Pergilah makqa bersama atau membeli-belah beramai-ramai.
Lagipun bukankah persahabatan sejati, harus saling menghargai kebebasan
setiap individu.
Kalau dia berkunjung ke rumah, pastikan ada teman-teman, sanak
saudara atau ahli keluarga anda berada di rumah dan tetap bersama anda
melayani di ruang tamu. Dengan cara ini, dia tidak mempunyai waktu untuk
mengenali anda dengan lebih mendalam. Dan anda pun tidak akan
menghadapi situasi tidak menyenangkan kerana terpaksa menjawab lamaran
hatinya. Kalau dia bersungguh-sungguh juga mahu menyuarakan hasrat
hatinya, paling tidak pun dia mencari alternatif lain, seperti
menelefon, melalui surat, email atau SMS wink.gif . Anda tidak akan
tertekan memberikan jawapan kepadanya kerana dia tidak ada di depan mata
anda. Jika anda menolak pun anda boleh memainkan bahasa yang baik tanpa
dia di depan mata.
0 komentar:
Posting Komentar